Sunday, March 14, 2010

Its Sunday

Monink every1..

today is Sunday, cepatnya masa berlalu.. sekejap je da masuk pertengahan Mac.. kalau dulu2 time skola hari2 aku kira masa.. lambat nak siang, lambat g nak malam.. lambat nak esok suma lambat la.. tapi skrg ni semuanya cepat.. ayat biasa aku, eh... da pukul 5 dah.. ley balik nih.. hehehe.. aik kejapnye sabtu.. pastu kejapnya cuti.... tu sume petanda dunia kt ni da tua.. akhir zaman... masa tu berlalu pantas, da takmo tunggu2 kita lagi

aktiviti hari ni nampaknya tak start lagi utk en.ujal, aku dan adif.. mula2 plan smlm aku nk buatkan mee kari kerang sebagai breakfast pagi ni tp tu la.. tangan ni menggodek tenet dari pas Subuh tadi... aku dan lappy ku mana ley dipisahkan.. lappy pun tido kat sblh.. en. ujal ni kalau dia xkondem lappy ku satu hari mmg tak sah r.. Hadif sampai skrg ni pun still sleeping.. tadi pun dia bangun kul 4 merengek nak minum susu.. budak ni kita suh makan takmo.. kan da asyik lapar je.. awak tu bukan baby lagi asyik nak mengadap susu je... ni nk cari petua nk kasik dia makan... ke budak seusia ini mmg susah makan...? kena tanya nurse ni..

hari ni ktorang bercadang nak berjalan2.. eik.. itu actually cadangan bos.. kalau en. ujal cuti dapatlah ktorang anak beranak ni berjalan2. kalo nak mengharapkan cuti tu lah.. selalunya aku ni ha membebel.. da la weekdays keje sampai malam, weekend pun keje jugak.. tau la awak sibuk but kesian kat Hadif terkebil2 ddk umah.. dapat lak mama dia ni malas nak bawak dia merayau.. aku bukan ape.. Hadif ni dgn aku dia tak takut, kalau aku marah dia ley sengihkan aje.. sudahnya aku pun tak jadik marah... kalau papa dia pulak, tak penah nk marah dia.. sekali papa marah mmg dia meraung la...

yg papa ni pulak malam tadi sibuk berjanji ngan anak dia nk bawak motor p round2 taman ni.. aku rasa Pak Guard Ozana ni je yg wat keje camtu.. neighbours aku takde nye nk meround2 kat dalam taman.. sume pakat ddk umah diam2.. tu la satu kurangnya kat sini.. jarang kt nampak makcik2 petang2 bersidai kat depan pagar.. aku pun tak terkecuali, asal balik keje je terus masuk umah.. mmg takde life ddk sini.. but what to do.. da beli umah kat sini so biasakan diri je la..

So biasanya kalau ari ahad lepas, bibik ada kat umah,, aku tak dapat ke mana2, so minggu ni takde bibik, aku blh la buat aktiviti di luar rumah.. sat g lepas sarapan, lepas papa Hadif bawak jln2 nek moto, then ingat nk p market la pulak.. lauk pauk da abih ni.. pastu petang skt baru nk paksa en. Uzal bawak anak dia p zoo.. aku heran tul da la umah 5 minit dari zoo, Hadif yg da nak masuk 2thn ni dia xmo bawak, alasan : Hadif lum kenal harimau tu ape.. aduhai papa, papa..

Ok la kena off dulu ke dapur, kalau tak owg sarapan kul 8 atau 9 pg.. rumah aku sarapan kul 12 tgahari.... hehehehe

Jom Masak!!!!!!!!!!!!!



shie shidah - sblm Hadif bangun baik aku cepat, kalo tak habis dapur aku...

0 comments: